24 April 2012

CINTA JARAK JAUH TIDAK BOLEH DI PERCAYAI??!


Ada sesetengah orang sangat tidak percaya kepada cinta jarak jauh ini. Ditambah pula dengan perkongsian pengalaman oleh mereka yang kecewa dengan cinta jarak jauh, menyebabkan percintaan jenis ini sukar dipercayai oleh sesetengah orang. Alasan mereka, sukar untuk mempercayai antara satu sama lain apabila masing masing sudah duduk berjauhan. Apatah lagi bila masing masing mula sibuk dan tiada masa lagi untuk saling menghubungi.

Akhirnya sesebuah percintaan jarak jauh itu terkubur begitu sahaja. Sayang sangat sebuah perhubungan itu jika tidak diusaha sepenuhnya untuk memperbaiki keadaan. Sebenarnya, cinta jarak jauh juga boleh memperoleh bahagia. Jangan skeptikal dengan mengatakan semua cinta jarak jauh tidak boleh dipercayai. Masih ada bahkan ramai pasangan bercinta jarak jauh bahagia sehingga ke alam perkahwinan.

Cinta jarak jauh atau cinta jarak dekat sama sahaja, asalkan namanya cinta, ia tetap cinta dan dugaan orang bercinta ini sebenarnya semua sama saja. Yang asas adalah dugaan kepercayaan, kesetiaan dan kejujuran dalam sebuah perhubungan. Kalau tidak ada perkara penting tersebut, cinta jarak dekat ke jarak jauh ke tetap akan runtuh.

Benarkan percintaan jarak jauh tidak boleh dipercayai? Tidak benar! Cinta hadir tanpa batasan jarak dan masa. Kalau cinta korang sejati, berpisahlah sejauh mana pun, korang tetap akan bersama juga akhirnya nanti. Orang kata kalau duduk jauh ni senang nak curang. Hehe, kalau dikatakan nak curang, dekat pun boleh curang sebenarnya. Kalau pasangan itu terpisah jarak jauh sekalipun, tapi jika kedua duanya tahu untuk setia dan menghargai perhubungan, tiada masalah sebenarnya.

Jangan mudah percaya kata kata orang yang mendakwa cinta jarak jauh tidak boleh kekal. Terpisah jarak itu cuma sementara saja. Jangan jadikan jarak sebagai penghalang untuk menikmati bahagia antara korang dengan pasangan. Apa dugaan yang paling kuat apabila berada dalam percintaan jarak jauh ini? Ia adalah perasaan rindu. Nak berjumpa pula susah kerana jarak yang jauh. Jadi bagaimana nak atasi perkara ini?

Ia adalah dengan menghubungi pasangan korang dengan sekerap mungkin melalui telefon atau Internet. Zaman sekarang dah canggih. Bukan macam dulu. Kalau rindu boleh bukak webcam sama sama. Walaupun jauh, terubatlah juga kerinduan itu bila dah berborak dan melihat wajah masing masing biarpun di dalam Internet sahaja. Setiap pasangan yang berada dalam cinta jarak jauh mempunyai alasan mereka sendiri kenapa mereka berada jauh dari pasangan. Salah satunya mungkin adalah tuntutan kerja. Jadi sikap saling memahami dan bertolak ansur sangat perlu dititik beratkan. Kepada mereka yang sedang mengalami percintaan jarak jauh ini, bersabarlah dengan dugaan yang korang alami sekarang. Jagalah hubungan itu agar tetap terpelihara dari sebarang unsur tidak baik.

Kepada korang yang wanita, pastinya dugaan menahan perasaan rindu dan sebak apabila berjauhan itu sukar dibendung kan. Bagi lelaki pula, mereka mungkin lebih kuat sikit daripada kekasih mereka. Kalau perempuan, emosinya lebih cepat terusik. Jadi apabila berbicara sesame korang, elakkan daripada membincangkan perkara yang tidak elok. Hargai masa yang korang ada ini dengan berbincang perkara yang baik baik saja.

Sebagai contoh, kalau korang dapat peluang sekali seminggu saja untuk menghubungi antara satu sama lain, lepas tu korang bergaduh pula, kan rugi tu? Kawal emosi, jangan biarkan amarah menguasai diri. Hargai dan hormatilah pasangan korang. Kalau ada masalah, bincang lah elok elok. Bukan mudah untuk menjadi kuat, tapi itulah yang korang perlu buat. Belajar jadi kuat untuk kebahagiaan dan masa depan hubungan korang berdua.

Di saat korang sedang berjauhan dengan pasangan ketika ini, kadang kala pasti ada sesuatu yang menguji seperti kedatangan orang lain yang memikat korang. Tuduhan dan hasutan rakan rakan yang menyuruh korang cari yang lain dan banyak lagi perkara yang boleh menggoyahkan keutuhan cinta korang dan pasangan.

Apa yang korang perlu buat? Tak perlu buat apa apa sebenarnya. Abaikan saja. Selagi hati korang masih kuat bersama cinta si dia, selagi itu korang tak perlu risau apa apa. Di pihak sebelah sana juga sama. Korang perlu percayakan pasangan korang. Percaya yang dia setia pada korang kerana hanya korang yang mengenali hati budinya. Jika ada sedikit keraguan, padamkannya secepat mungkin. Jangan biarkan meleret kerana nanti akan membawa kepada prasangka yang lebih buruk.

Apabila rindu datang, ubatilah ia dengan menyelak kembali gambar gambar lama dan imbas kembali kenangan manis korang dan si dia dulu. Rawat lah juga perasaan rindu dan tidak tentu itu dengan berdoa banyak banyak pada Allah. Sandarkan harapan korang kepada Tuhan agar korang cepat disatukan dengan si dia. Dengan cara itu InsyaAllah korang akan berasa tenang. Cinta itu memerlukan banyak pengorbanan.

Antara hikmahnya adalah ia akan menguatkan lagi perasaan cinta korang kepada pasangan. Apabila cinta itu sudah utuh dan kuat, korang akan mencapai tahap mencintai dengan ikhlas di mana korang akan menjadi lebih redha dalam hubungan. Apa saja masalah yang berlaku, korang hadapinya dengan tenang dan berhikmah. Kebahagiaan si dia adalah kebahagiaan korang dan korang selalu pasrah kepada Allah.

Itu adalah salah satu tanda cinta sejati. Ikhlas mencintai tanpa mengharapkan apa apa balasan. Bukan mudah untuk mencapai cinta tahap itu. Tapi buat masa sekarang, belajarlah untuk menerima takdir Allah dengan hati yang terbuka. Selalu percaya pada Allah bahawa apa saja yang Dia takdirkan untuk korang adalah perkara yang terbaik untuk korang. Apabila si dia sibuk dan korang tidak boleh menghubunginya, sandarkan rasa sedih itu kepada Allah.

Luahkan apa saja yang korang rasa dalam bentuk yang lain seperti menangis, luahkan dalam tulisan atau korang boleh luahkan pada kawan kawan yang korang percaya. Elakkan kerap sangat berfikiran negatif, kalau ada dala fikiran tu cepat cepat buang dan abaikan. Itu satu satunya cara untuk tidak meleretkan fikiran yang negatif ke tahap yang lebih parah. Cari ketenangan hati dengan memperbanyakkan melihat alam semula jadi yang indah indah atau bersiar bersiar ke taman tiap tiap petang. Tanamkan perkara perkara yang positif sahaja dalam fikiran korang. InsyaAllah, rasa rindu korang pada si dia akan terubat juga.

Satu lagi perkara yang menjadi dugaan untuk pasangan yang bercinta jarak jauh adalah ujian apabila salah seorang dari korang sakit atau ada hal kecemasan. Dalam keadaan korang berdua yang jauh, pastinya sangat sukar untuk korang pergi menjenguk si dia kan? Ini pastinya akan membuatkan korang berasa sangat kecewa kerana tidak berada di sisinya di saat si dia memerlukan korang.

Jangan risau, apa apa pun mula mula korang cuba dulu usaha untuk pergi menjenguknya di sana. Jika tidak boleh, hubungi rakan terdekatnya di sana untuk bertanya maklumat. Lepas tu hubungi si dia terus untuk menemaninya walaupun hanya di dalam telefon. Bagi saya, kalau demam biasa atau sakit biasa, jika tak boleh ke sana, dengan menelefon si dia sudah memadai. Tapi jika berlaku sesuatu yang serius seperti kemalangan, korang harus berada di sana. Apa apa cara sekalipun, korang harus usaha untuk menemaninya di sana. Kemalangan bukanlah perkara biasa yang boleh dianggap enteng.

Pun begitu, jika korang sudah berusaha dan tetap juga tidak boleh menemaninya secara bersemuka di sana, si dia pasti akan faham. Fikirlah positif, mungkin si dia juga tidak mahu korang susah kerananya. Jangan terlalu kecewa. Jika cinta korang kuat, korang akan dapat tempuh apa saja dugaan tidak kira lah walau berat mana ianya sekalipun. Jika si dia demam biasa, korang boleh ambil pendekatan menghubunginya dengan kerap.

Sesibuk manapun korang, korang perlu luangkan masa untuk si dia. Si dia di sana pastinya sangat memerlukan kehadiran dan semangat dari korang. Tak dapat tengok wajah pun takpe, tapi memadailah dengan mendengar suara korang di telefon. Jangan hampakan si dia di saat si dia benar benar memerlukan korang berada bersamanya.

Cinta jarak jauh boleh dipercayai. Ubah mind set korang yang dulu itu. Manalah tahu takdir korang nanti terpaksa mengalami hubungan cinta jarak jauh ini pula, maka korang haruslah bersedia dari sekarang. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa yang akan datang kan? Jadi buatlah persediaan secukupnya.

Jangan bercinta jika masih tidak sedia. Ini hanya akan menghukum pasangan korang andainya korang terpaksa berpisah jarak suatu hari nanti. Asalkan ada satu perkara penting ini; kepercayaan, hubungan cinta korang akan kekal bahagia selamanya. Si dia juga pasti akan terharu apabila korang berusaha menjadi yang terbaik untuk memahami situasi hubungan cinta korang sekarang. Usaha itu penting.

Apabila berlakunya masalah, jangan memandang kepada sudut permasalahan tetapi pandanglah dari sudut bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik. Korang juga tidak boleh lari daripada masalah. Sebagai contoh, sebelum ini hubungan korang berjalan lancar seperti biasa. Tiba tiba majikan pasangan korang arahkan dia supaya bekerja di tempat yang jauh. Bagaimana korang handle masalah ni? Sudah tentulah dengan perbincangan kan? Korang tak boleh jadi penting diri dengan menghalang dia dalam kerjayanya. Mahu atau tidak korang perlu bertolak ansur. Berpisah jarak itu sekejap saja, nanti apabila sudah sampai jodoh korang untuk bernikah, nanti duduk satu rumah juga kan.

Mungkin juga hubungan cinta jarak jauh ini merupakan satu hikmah supaya korang kenal erti rindu di antara satu sama lain. Orang kata kalau kat depan mata susah nak hargai, bila dah tidak ada di depan mata baru lah mula nak mencari cari. Dan mungkin juga korang ‘dipisahkan’ sekejap untuk mengelakkan berlakunya perkara tidak elok seperti maksiat atau penzinaan yang pastinya boleh mencalarkan maruah korang berdua.

Apa yang Allah beri pada kita pastinya perkara yang terbaik untuk kita. Jadi terimalah dengan hati yang terbuka, ikhlas dan redha. InsyaAllah dugaan itu mematangkan fikiran dan hubungan. Semoga hubungan kita semua menjadi berkat dan cepat sampai jodohnya. Semoga juga dengan dugaan yang kita alami sekarang, cinta kita dan pasangan makin kuat dan makin utuh untuk selama lamanya.

CARA UNTUK TUNJUKAN CINTA ANDA


Tips Cinta

Lapan cara untuk tunjukkan rasa cinta anda
Cinta perlu sentiasa di pupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika anda tidak memupuk rasa cinta, hubungan anda dan pasangan anda akan mula kebosanan dan hilang arah. Akhirnya, anda berdua akan berpisah arah. Untuk memupuk rasa cinta, anda perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda. Berikut ada beberapa cara untuk tunjukkan rasa cinta terhadap pasangan anda.

 Tips cintaaku cinta padamu?

  1. Hantar bunga atau hadiah secara mengejut kepada pasangan anda sebagai tanda sayang. Anda juga boleh beri hadiah atas dasar perhargaan.
  2. Apabila anda jumpa dia, anda sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan anda senang hati apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing – masing.
  3. Selalulah menulis nota – nota cinta untuk di beri pada pasangan anda. Anda boleh beri ketika anda berjumpa atau anda curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta.
  4. Sentiasa jaga penampilan untuk kekasih anda. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang anda ada.
  5. Sekali sekala anda berikan pasangan anda makanan yang anda masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan anda.
  6. Apabila pasangan anda ingin utarakan sesuatu, anda jadi pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya.
  7. Sentiasa cakap pada dia bahawa anda sangat sayangkan dia dan cintakan dia.
  8. Jika ada masa lapang, anda luangkan masa sehari suntuk bersama – sama.

CINTA SUCI


Cinta Suci?

Lazimnya, setiap wanita ingin mendampingi lelaki yang cuba mencintainya. Kebanyakannya wanita tidak mementingkan pada paras rupa sesorang lelaki tapi lebih kepada aura cintanya. Cinta sucidari seorang lelaki adalah haruman bagi si wanita untuk terus merasa bahagia disampingnya. Memang agak sukar untuk mencari dan mendapatkan lelaki seperti itu namun ianya pasti ada. Namun sebelum itu, anda perlu pastikan adakah anda layak untuk mendapatkan harapan seperti itu? Adakah anda bersedia untuk melakukan anjakan pada diri anda untuk mendapatkan cinta suci darinya? 4 Kenyataan di bawah dapat memberikan tip kepada anda untuk bersedia mengecapinya.

Tip Memperolehi Cinta Sucierti cinta suci

Pertama : Berhenti jual mahal
Untuk membuatkan lelaki yang anda sayang terpikat dengan anda, anda perlu berhenti jual mahal dan si dia ruang untuk hampiri anda. Lelaki selalunya akan mula jauhi wanita yang selalu jual mahal. Ada juga yang tidak pernah putus asa tetapi dia akan mula jauhi anda apabila dia terjumpa wanita yang boleh menerima dia. Berikan dia peluang untuk buktikan cinta dia terhadap anda. Untuk penampilan pertama, jual mahal adalah suatu perbuatan lumrah, tetapi jika meleret hingga ke tahap menjengkelkan, anda juga yang rugi dan dijauhi.

Kedua : Jangan terlalu berharap memiliki lelaki yang sempurna
Lelaki yang sempurna tidak wujud tetapi anda boleh wujudkan lelaki sempurna untuk  diri anda. Anda boleh bantu lelaki yang anda suka untuk jadi lelaki sempurna buat diri anda. Dari sini, anda akan dapat cinta yang suci dari pasangan anda. Cinta yang suci juga lahir apabila anda berusaha untuk mencintai si dia dan bukan mengharapkan kesempurnaan dari si dia yang memang wujud secara azali. Kesempurnaan boleh diusahakan dan dikecapi melalui hati dan cinta yang suci.

Ketiga : Sentiasa menjaga penampilan diri
Apabila anda jaga penampilan diri dari segi pakaian dan tutur kata, lelaki akan hormat pada diri anda. Seterusnya lelaki akan mula berminat untuk hampiri anda dan berikan anda cinta yang ikhlas. Jika anda bersihkan diri dan hati anda, anda pasti akan terima cinta yang suci dari seorang lelaki. Tahukah anda, penampilan diri merupakan anjakan awal untuk lelaki berminat dan cuba mendekati anda? Oleh itu, sentiasalah jaga penampilan tapi bukan berlebihan cukup sekadar manis dipandang dan yang paling penting adalah kebersihan. Kebersihan diri dan hati anda akan melahirkan cinta suci yang menjadi tarikan si lelaki.

Keempat : Berikan peluang pada setiap lelaki yang ingin hampiri andacinta suci
Apabila ada lelaki yang  ingin hampiri diri anda, berikan dia peluang untuk kenali diri anda. Mungkin pasti, akhirnya anda akan dapat menemui cinta sejati dari lelaki yang benar – benar ikhlas ingin menjaga dan mencintai diri anda. Memang agak sukar untuk menetukan samada si lelaki membawa hati yang suci atau sebaliknya terhadap anda. Namun ada ketikanya si dia mungkin akan muncul saat itu, dan sekiranya tidak anda perlu bersabar dan belajar dari pengalaman serta situasi itu. Memberi peluang adalah lebih baik daripada mengharapkan sesuatu kesempurnaan atau pekara yang tidak pasti. Oleh itu, memberi diri dan si dia peluang adalah jalan yang harus anda lalui untuk menemui cinta suci itu.

23 April 2012

UNIKNYA WANITA UNTUK LELAKI




1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4.Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15.Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19.Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

RAHSIA TAPAK TANGAN LELAKI

Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.
“Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah telapak tangan kanannya,” ujar Gale.
Jom..kita tgk btl ke tak kajian yg dbuat ni.........baca & uji..hehehe.
Earth hand
Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.
Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.
Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak menyediakan sesuatu hidangan.
Water hand
Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan gemar menelaah bahan-bahan bacaan.
Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand juga mempunyai keperibadian yang tenang.
Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada bersosial di kelab-kelab malam atau bar.
Air hand
Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke kota atau negara lain.
Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya.
Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.
Fire hand
Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang lama.
Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga lelakinya akan disalurkan.
Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.
p/s: Mcm tk de satu pun bkaitan..hahaha. Kena tgk btl2 ni.

22 April 2012

20 PERKARA YANG PEREMPUAN BENCI



1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.







Meninggikan suara?tak kot..saya tak suka marah-marah dan tak suka juga dimarahi.Saya pun akan melenting jika marah tak tentu pasal.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
Tak pernah lagi main kayu tiga,kayu empat penah lah kot..haha..gurau je.Tak pernah buat tetapi pernah terkenalah satu masa dulu…haha
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
Perkara biasalah ni rasanya..cuci mata bukannya cuti hati @ perasaan.Betul tak?perempuan pun sama.Pantang dengan lelaki handsome,terus puji-puji.Entah baik entah tidak.
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
Mungkin bukan mengongkong tetapi prihatin @ terlebih sayang takut awek dikebas orang..
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
Ego tu mmg sifat manusia.Tapi terlebih ego memang rasa nak bagi Rider Kick sekali kan?haha..
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
Adakalanya terpaksa menipu juga untuk menjaga hati masing-masing.Tetapi perempuan pun sama je..Suka menipu juga.Dalam bilik message sayang,sayang dengan orang lain.Esok padamlah message tu.Takut pakwe baca.Tak gitu?
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
Perempuan pun perasan juga.Kalau tak perasan,takkan letak gambarkat header blog besor-besor kot?hahaha…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
No komen lah sebab lelaki perempuan semua ada sikap ini.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
Menarik point ini.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
Bukan cemburu tetapi risau..tol tak?haha
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
Ini jauh sekali lah.Saya memang mata duitan tapi hasil daripada kerja keras sendiri lah.Tak mainlah minta duit dengan perempuan.Nak beli rokok pun minta duit dengan awek.Apa kes bro?Awek pun tanpa segan situ hulur duit kat pakwe.Itu baru pakwe,lum jadi suami agi.Nak ke suami macam tu?
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
Kerjaya saya adalah blogging.haha..Leh dikira sebagai kerjaya tak tu?Oneday saya ingin mempunyai syarikat sendiri.Nak jadi businessman =)
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
Ini perempuan yang bodoh lah jika dapat bertahan dengan lelaki jenis ini.Baru  jadi pakwe tetapi dah suka tampar dan sepak terajang.Kalau kahwin nanti macam mane?Handsome mane pun kalau panas baran,tak bahagia rumah tangga.Tak gitu?
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
Kalau dah tahu yang korang tak suka lelaki merokok,kenapa nak gi kapel dengan perokok.Bodoh tol.”Dia handsome,kacak.Saya terima dia seadanya”.Kalau dah terima seadanya tu,tanggung sendiri lah.Point ini tak boleh diterima sebab menonjolkan kebodohan perempuan…haha..
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
Ini memang pengotor,tapi ada je kawan saya yang jenis macam ini.Meludah merata-rata tapi ada awek cun.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
Mungkin ini lelaki tak tahu malu…
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
Selagi tak bergelar suami isteri,kawan-kawan harus diutamakan sebabnya belum tentu lagi si dia akan menjadi isteri kita nanti.Baik kita luangkan masa bersama rakan-rakan daripada si dia..haha..
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
Lelaki perempuan sama sahaja.Tiada bezanya..
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
Perempuan pun suka putar belit jugak
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Tak ada bezanya,perempuan pun sama.Suka kontrol comel or cantik.Lepas tu suka buat pose2 yang dirasakan comel dan upload kat Facebook.Lepas tu suka bila orang like dan kata dia comel.tak gitu?
Bagilah banyak mana pun sikap yang korang tak suka pada lelaki,semua itu akan balik kepada diri korang juga.Kalau korang dah tak suka sikap lelaki tu,nasihat lah dia.Betul kan dia.Tak guna kalau merapu kat blog cerita pasal pakwe or awek korang tu tetapi tegur secara direct pada mereka masalah takkan selesai juga.Tak gitu?
Kesimpulannya setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kelebihan itu kita gunakan sebaik mungkin dan jika terdapat kekurangan itu,tegurlah dan nasihat lah supaya kekurangan itu boleh dibetulkan.Insya-Allah.