Showing posts with label TIPS-TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS-TIPS. Show all posts

24 April 2012

CARA UNTUK TUNJUKAN CINTA ANDA


Tips Cinta

Lapan cara untuk tunjukkan rasa cinta anda
Cinta perlu sentiasa di pupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika anda tidak memupuk rasa cinta, hubungan anda dan pasangan anda akan mula kebosanan dan hilang arah. Akhirnya, anda berdua akan berpisah arah. Untuk memupuk rasa cinta, anda perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda. Berikut ada beberapa cara untuk tunjukkan rasa cinta terhadap pasangan anda.

 Tips cintaaku cinta padamu?

  1. Hantar bunga atau hadiah secara mengejut kepada pasangan anda sebagai tanda sayang. Anda juga boleh beri hadiah atas dasar perhargaan.
  2. Apabila anda jumpa dia, anda sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan anda senang hati apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing – masing.
  3. Selalulah menulis nota – nota cinta untuk di beri pada pasangan anda. Anda boleh beri ketika anda berjumpa atau anda curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta.
  4. Sentiasa jaga penampilan untuk kekasih anda. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang anda ada.
  5. Sekali sekala anda berikan pasangan anda makanan yang anda masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan anda.
  6. Apabila pasangan anda ingin utarakan sesuatu, anda jadi pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya.
  7. Sentiasa cakap pada dia bahawa anda sangat sayangkan dia dan cintakan dia.
  8. Jika ada masa lapang, anda luangkan masa sehari suntuk bersama – sama.

CINTA SUCI


Cinta Suci?

Lazimnya, setiap wanita ingin mendampingi lelaki yang cuba mencintainya. Kebanyakannya wanita tidak mementingkan pada paras rupa sesorang lelaki tapi lebih kepada aura cintanya. Cinta sucidari seorang lelaki adalah haruman bagi si wanita untuk terus merasa bahagia disampingnya. Memang agak sukar untuk mencari dan mendapatkan lelaki seperti itu namun ianya pasti ada. Namun sebelum itu, anda perlu pastikan adakah anda layak untuk mendapatkan harapan seperti itu? Adakah anda bersedia untuk melakukan anjakan pada diri anda untuk mendapatkan cinta suci darinya? 4 Kenyataan di bawah dapat memberikan tip kepada anda untuk bersedia mengecapinya.

Tip Memperolehi Cinta Sucierti cinta suci

Pertama : Berhenti jual mahal
Untuk membuatkan lelaki yang anda sayang terpikat dengan anda, anda perlu berhenti jual mahal dan si dia ruang untuk hampiri anda. Lelaki selalunya akan mula jauhi wanita yang selalu jual mahal. Ada juga yang tidak pernah putus asa tetapi dia akan mula jauhi anda apabila dia terjumpa wanita yang boleh menerima dia. Berikan dia peluang untuk buktikan cinta dia terhadap anda. Untuk penampilan pertama, jual mahal adalah suatu perbuatan lumrah, tetapi jika meleret hingga ke tahap menjengkelkan, anda juga yang rugi dan dijauhi.

Kedua : Jangan terlalu berharap memiliki lelaki yang sempurna
Lelaki yang sempurna tidak wujud tetapi anda boleh wujudkan lelaki sempurna untuk  diri anda. Anda boleh bantu lelaki yang anda suka untuk jadi lelaki sempurna buat diri anda. Dari sini, anda akan dapat cinta yang suci dari pasangan anda. Cinta yang suci juga lahir apabila anda berusaha untuk mencintai si dia dan bukan mengharapkan kesempurnaan dari si dia yang memang wujud secara azali. Kesempurnaan boleh diusahakan dan dikecapi melalui hati dan cinta yang suci.

Ketiga : Sentiasa menjaga penampilan diri
Apabila anda jaga penampilan diri dari segi pakaian dan tutur kata, lelaki akan hormat pada diri anda. Seterusnya lelaki akan mula berminat untuk hampiri anda dan berikan anda cinta yang ikhlas. Jika anda bersihkan diri dan hati anda, anda pasti akan terima cinta yang suci dari seorang lelaki. Tahukah anda, penampilan diri merupakan anjakan awal untuk lelaki berminat dan cuba mendekati anda? Oleh itu, sentiasalah jaga penampilan tapi bukan berlebihan cukup sekadar manis dipandang dan yang paling penting adalah kebersihan. Kebersihan diri dan hati anda akan melahirkan cinta suci yang menjadi tarikan si lelaki.

Keempat : Berikan peluang pada setiap lelaki yang ingin hampiri andacinta suci
Apabila ada lelaki yang  ingin hampiri diri anda, berikan dia peluang untuk kenali diri anda. Mungkin pasti, akhirnya anda akan dapat menemui cinta sejati dari lelaki yang benar – benar ikhlas ingin menjaga dan mencintai diri anda. Memang agak sukar untuk menetukan samada si lelaki membawa hati yang suci atau sebaliknya terhadap anda. Namun ada ketikanya si dia mungkin akan muncul saat itu, dan sekiranya tidak anda perlu bersabar dan belajar dari pengalaman serta situasi itu. Memberi peluang adalah lebih baik daripada mengharapkan sesuatu kesempurnaan atau pekara yang tidak pasti. Oleh itu, memberi diri dan si dia peluang adalah jalan yang harus anda lalui untuk menemui cinta suci itu.

22 April 2012

20 PERKARA YANG PEREMPUAN BENCI



1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.







Meninggikan suara?tak kot..saya tak suka marah-marah dan tak suka juga dimarahi.Saya pun akan melenting jika marah tak tentu pasal.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
Tak pernah lagi main kayu tiga,kayu empat penah lah kot..haha..gurau je.Tak pernah buat tetapi pernah terkenalah satu masa dulu…haha
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
Perkara biasalah ni rasanya..cuci mata bukannya cuti hati @ perasaan.Betul tak?perempuan pun sama.Pantang dengan lelaki handsome,terus puji-puji.Entah baik entah tidak.
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
Mungkin bukan mengongkong tetapi prihatin @ terlebih sayang takut awek dikebas orang..
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
Ego tu mmg sifat manusia.Tapi terlebih ego memang rasa nak bagi Rider Kick sekali kan?haha..
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
Adakalanya terpaksa menipu juga untuk menjaga hati masing-masing.Tetapi perempuan pun sama je..Suka menipu juga.Dalam bilik message sayang,sayang dengan orang lain.Esok padamlah message tu.Takut pakwe baca.Tak gitu?
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
Perempuan pun perasan juga.Kalau tak perasan,takkan letak gambarkat header blog besor-besor kot?hahaha…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
No komen lah sebab lelaki perempuan semua ada sikap ini.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
Menarik point ini.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
Bukan cemburu tetapi risau..tol tak?haha
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
Ini jauh sekali lah.Saya memang mata duitan tapi hasil daripada kerja keras sendiri lah.Tak mainlah minta duit dengan perempuan.Nak beli rokok pun minta duit dengan awek.Apa kes bro?Awek pun tanpa segan situ hulur duit kat pakwe.Itu baru pakwe,lum jadi suami agi.Nak ke suami macam tu?
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
Kerjaya saya adalah blogging.haha..Leh dikira sebagai kerjaya tak tu?Oneday saya ingin mempunyai syarikat sendiri.Nak jadi businessman =)
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
Ini perempuan yang bodoh lah jika dapat bertahan dengan lelaki jenis ini.Baru  jadi pakwe tetapi dah suka tampar dan sepak terajang.Kalau kahwin nanti macam mane?Handsome mane pun kalau panas baran,tak bahagia rumah tangga.Tak gitu?
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
Kalau dah tahu yang korang tak suka lelaki merokok,kenapa nak gi kapel dengan perokok.Bodoh tol.”Dia handsome,kacak.Saya terima dia seadanya”.Kalau dah terima seadanya tu,tanggung sendiri lah.Point ini tak boleh diterima sebab menonjolkan kebodohan perempuan…haha..
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
Ini memang pengotor,tapi ada je kawan saya yang jenis macam ini.Meludah merata-rata tapi ada awek cun.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
Mungkin ini lelaki tak tahu malu…
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
Selagi tak bergelar suami isteri,kawan-kawan harus diutamakan sebabnya belum tentu lagi si dia akan menjadi isteri kita nanti.Baik kita luangkan masa bersama rakan-rakan daripada si dia..haha..
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
Lelaki perempuan sama sahaja.Tiada bezanya..
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
Perempuan pun suka putar belit jugak
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!
Tak ada bezanya,perempuan pun sama.Suka kontrol comel or cantik.Lepas tu suka buat pose2 yang dirasakan comel dan upload kat Facebook.Lepas tu suka bila orang like dan kata dia comel.tak gitu?
Bagilah banyak mana pun sikap yang korang tak suka pada lelaki,semua itu akan balik kepada diri korang juga.Kalau korang dah tak suka sikap lelaki tu,nasihat lah dia.Betul kan dia.Tak guna kalau merapu kat blog cerita pasal pakwe or awek korang tu tetapi tegur secara direct pada mereka masalah takkan selesai juga.Tak gitu?
Kesimpulannya setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kelebihan itu kita gunakan sebaik mungkin dan jika terdapat kekurangan itu,tegurlah dan nasihat lah supaya kekurangan itu boleh dibetulkan.Insya-Allah.

ADAP DENGAN SUAMI


Adab Berhadapan dengan Suami...

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengansuami. 1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. 2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki. 3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak ersabar,jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya. 4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat. 5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya. 6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya. 7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga. 8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi. 9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukan lah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika uami kita meredhainya. 10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri. 11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt. 12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya. Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluargasuami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya. Wassalam.. *Kredit kepada penulis

Tips Penting



50 tips untuk pikat hati kekasih....

Di sini ada 50 cara atau tips untuk pikat hati kekasih 1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka. 2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. 3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka. 4. Jujur dan sentiasa merendah diri. 5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. 6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). 7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. 8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati. 9. Jangan terlalu mengongkong. 10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. 11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. 12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya. 13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. 14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati. 15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka. 16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. 17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain. 18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. 19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali. 20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang. 21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang. 22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik. 23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki. 24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal. 25. Mengetahui bila hari lahirnya. 26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. 27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan. 28. Agresif. 29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama. 30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan. 31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’. 32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita. 33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan. 34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan. 35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka. 36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis. 37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat. 38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu! 39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas. 40. Jangan bersikap terlalu kuno. 41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya. 42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun. 43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim. 44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan. 45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada. 46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati. 47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang. 48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. 49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan. 50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!